Friday, September 24, 2010

Persediaan Akhir Magahau 2010

Mesyuarat Kali ke-3 Jawatankuasa Pengelola Magahau 2010 diadakan pada 22 September 2010 di Pejabat Daerah Pitas, jam 10.00am. Mesyuarat ini telah diberitahu bahawa AMT SAMORA telah mempersetujui anggaran kos berjumlah RM95,650.00 bagi membiayai Magahau 2010. Anggaran ini adalah jauh lebih besar berbanding dengan jumlah kos tahun lepas iaitu sebanyak RM68,000 sahaja. Sehubungan dengan itu, adalah dijangkakan bahawa Magahau 2010 akan lebih meriah berbanding Magahau 2009.

Jawatankuasa juga telah bersetuju bahawa tarikh baru pelaksanaan Magahau 2010 ialah pada 29 & 30 Oktober 2010. Tarikh yang ditetapkan sebelum ini ialah pada 28 & 29 September 2010. Penundaan ini telah memberi ruang yang lebih banyak kepada semua AJK untuk membuat persediaan-persediaan yang diperlukan sebelum Magahau.

Mesyuarat ini juga telah memperincikan lagi keperluan-keperluan setiap seksi yang telah diwujudkan sejak mesyuarat yang pertama. Hampir kesemua ketua-ketua seksi telah melaporkan perkembangan positif di dalam perkembangan tugas masing-masing. Sehingga kelmarin bolehlah diandaikan bahawa persediaan Magahau 2010 sudah menghampiri 80%.

Senarai artis tempatan yang akan dijemput membuat persembahan semasa Magahau telahpun dibentangkan di dalam mesyuarat tersebut. Di antara artis-artis yang tersenarai ialah Robert Angkangon, Vincent Duan, Jelson S. Goling, Masdin, Jonil, Brenda Junan, Rosmoi, Jurik dan Charles Osingko. Penyanyi terkenal, Stacy AF dan Ampal Production juga dijangka akan dijemput oleh penganjur bagi memeriahkan Magahau 2010.

Saturday, September 18, 2010

Persediaan Awal Magahau 2010

Mesyuarat Eksekutif SAMORA pada 1 Ogos 2010 membincangkan persediaan Magahau 2010. Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik En. Jose Modsinupu (Timb. Presiden II) sebagai pengerusi penganjur dan En. Johori Botohong (Naib Presiden III) sebagai Setiausaha Penganjur. Lokasi Pesta Magahau telah ditetapkan iaitu di Kanibongan Pitas.

Kunjungan kehormat kepada Pegawai Daerah Pitas telah diadakan pada 4 Ogos 2010 jam 11.00am di pejabatnya bagi memaklumkan perkara ini dan menyerahkan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Bersama Pengelola.


Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengelola di Pejabat Daerah Pitas pada 18 Ogos 2010 jam 2.00pm. Jawatankuasa ini telah membentuk jawatankuasa pengelola yang lebih lengkap dan membuat agihan tugas bagi melicinkan persediaan Magahau 2010.

Lawatan tapak Magahau dan lokasi upacara mamapak dilakukan pada 24.8.2010 bagi melihat keperluan untuk tindakan segera sebelum pelaksanaan Magahau 2010. Dapatan tinjuan dibentangkan di dalam mesyuarat akan datang untuk tindakan selanjutnya.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Magahau 2010 kali ke-2 diadakan pada 7.9.2010 untuk memperhalusi anggaran kos pengelolaan Magahau 2010. Pelbagai isu mengenai pelaksanaan Magahau 2010 turut dibincangkan dan diberi penyelesaian.